Salam. Apa khabar teman-teman? Maafkan aku kerna sudah lama tidak menulis. Maafkan aku kerna sudah lama tidak singgah di blog kalian. Maafkan aku kerna sudah lama tidak meninggalkan sebarang komen di blog kalian. Maafkan aku kerna tidak click untuk iklan nuffnang anda. Kerna, aku punya satu alasan. Alasan yang munasabah aku kira. Gelak*.


Sila click untuk tumbesaran rajah. Ini cerita seminggu yang lepas. Aku ingat ketika malam Final Piala Malaysia 2009 di mana Kelantan tumpas dengan Negeri Sembilan, aku dengan tidak sengajanya meletakkan perkataan tersebut di wall aku. Konon, untuk gurauan semata-mata. Gelak*. Malang sungguh nasib aku, pasukan kesayangan Man. Utd. tumpas di tangan pasukan lawan; Chelsick. Mati; dua-dua pasukan yang aku sokong tumpas. Malang si merah. Cakap kena betul, jangan jadi cakap tak serupa bikin; setelah di tag oleh saudara Ries Lee dan Siggplus di FB, maka wajiblah aku laksanakan ia. Offline selama seminggu. Itu pun belum cukup seminggu aku kira; wei, rindulah kat FB dan blog! Gelak*. Okei, tamat sudah cerita misteri tentang kehilangan aku.
Hari ini, aku keluar shopping bersama adik dan sepupu. Iya; sudah lama aku kira tidak keluar bersama mereka yang tersayang. Kami banyak ketawa bersama pada hari ini; masing-masing sibuk mengambil candid untuk ditag di FB. Semuanya gila FB termasuk aku. Gelak*. Aku kira novel 9 Nyawa masih belum dijual bukan? Arghh, sudah tidak sabar menantikan karya terbaru RAM. Sempat juga aku beli novel 5 Tahun 5 Bulan dan Ceritera Pelangi karya Hlovate bagi melengkapkan koleksi aku. Woah. Okei, biarkan gambar berkata-kata. Aku mahu menjenguk ke blog kalian pula. Selamat malam!








p.s. malam yang sangat panas. Sigh*.
hi; berjumpa lagi di sini.





to view my complete
Melancong ke France & UK
Bertemu pemain bolasepak pasukan Man Utd